Thursday, 21 March 2019

PENYAKIT LAZIM PADA TERNAKAN

Penyakit pada ternakan lembu
Akibat dari BakteriaAkibat dari virus , fungi & Metabolik

Akibat Protozoa
Penyakit JohnesLembu umur lebih 2 tahun
Tanda-tanda
-Cirit –berit- berhenti
-Ulang cirit-birit berhenti Hingga mati
-Kurus cengkung
Cara merebak

Najis bercampur dengan makanan dan dimakan lembu lain
Kawalan

Padang ragut yang disyaki mengandungi kuman ini ditinggalkan beberapa bulan, jangan dibenarkan binatang lain meragut Tempat makanan/ minuman/ kandang dicuci dan disinfetan kerap kali.Rawatan-Tiada

Diagnosis
Serum untuk Complement Fixation Test
Kikisan dinding rectum
Calitan najis
Post mortum

FMD Foot Mouth Dieases
Agent
Virus-Serotype O , A, C
SAT 1, 2, 3
Asia 1
Lembu /kerbau/ kambing/ Babi
Cara penyebaran
1. Susu najis air kencing darah air liur cairan versikel
2. Udara, sentuhan
3. Makanan tercemar
4. Pergerakan ternakan/ manusia/ kenderaan
5. Virus dalam daging yang belum dimasak
Tanda-tanda
1. Demam /anoreksia
2. Bengkak gusi/ mulut lidah/ gusi merah kering panas melepuh
3. susah sakit untuk menguyah
4. air liur meleleh
5. versikal pada gusi lidah kawasan / celah kuku dan ambing susu
6. Pincang & rebah
7. Pengeluaran susu turun
Diagnosa
Tanda-tanda klinikal kes
Menghantar contoh darah
Organ susu ke makmal
Rawatan
Tiada
Kawalan
1. Pengharaman sembelih dikawasan terlibat
2. Sekatan pergerakan ternakan
3. kuarantin
4. Vaksinasi
5. Program tahunan
6. Buffer zone / immune belt
7. Disinfek kandang/ kenderaan
8. Lapor pada JPH

Brucellosis – keguguran + Mati

Agent 
Pada lembu Brucella aburtus
Pada bebiri Brucella ovis
Pada Kambing Brucella melitensis
Pada babi-Brucella Suis]
Jangkitan

1. Kandungan uterus, fetus plasenta, membran fetus cairan uterus
2. Lembu-lembu dijangkiti dengan lembu-lembu berpenyakit keguguran
3. Jangkitan betina kepada jantan yang berpenyakit
KeguguranTiada pengeluaran susu
Gangguan dalam program pembiakan
Kadar ketidak suburan tinggi
Lekat uri/ mati akibat metritis
Jarak kelahiran panjang
Tanda –tanda
Keguguran pada bunting sarat 6 bulan
Lekat uri, metritis, tidak subur
Penjantan- Orchitis, epidymitis
Rawatan
Tiada
Vaksin
Suntikan Vaksin S19 pada lembu berumur 3-6 bulan
Diagnosa
1. Hantar sample abortus fetus, abomasums, paru-paru, atau rectum
2. Contoh darah untuk Serum agglutination test (SAT)
3. Contoh susu untuk Milk Ring Test (MRT)
4. Swab Vargina
Kawalan
1. Darah lembu di[periksa 3bulan atau 6 bulan
2. Pengurusan lembu bunting yang baik
3. Kebersihan kandang
4. Pengasingan lembu positif/ dihapuskan
5. Ujian contoh serum tahunan bagi mengenal pasti status (saringan penyakit)
6. Ujian CFT/ RBPT

Bebesiosis- Keguguran
Agent

Bebesia bovia
Bebesia bigimina
Bebesia argentina
anak lembu pada 6-12 bulan
Jangkitan 
Kutu Boophilus microplus
Tanda-tanda
1. Demam mengejut 41 darjah celcius
2. Kadar pernafasan dan denyutan nadi bertambah
3. pergerakkan rumen terhenti
4. Selaput basah pucat, jaundies dan anemia
5. Keguguran
6. Hemoglobinemia dan hemoglobin uria
7. Menjadi agresif (bila protozoa menyerang otak)
Rawatan
1. Diminazene Aceture ( berenil) i.m/ sc
2. Amicabalide isethianate (Diampron) i,m
3. Acriflavin ( Gonacrine) i,v
4. Imimidocart (Imizol) sc

Kawalan
Semburan kutu
Dipping/ Spraying 3 minggu
Suntikan imizol
Ragutan pusingan
Dianosa
Post mortem
Calitan darah untuk melihat protozua dalam sel darah merah


Anaplasmosis- Keguguran
Lembu ,kambing, bebiri
Agent

Anaplasma marginale
Anaplasma centrale
Jangkitan 
Kutu Boophilus microplus
Ixodes
Rhipicephalus
dermacetor
Tanda-tanda

1. Masa incubation 3-4 minggu
2. Keguguran
3. Anorexia
4. Lemah, kurus dan enggan bergerak
5. Jaundise , anemia
Kawalan

1. Kuarantine
2. Program kawalan kutu Dipping/ spraying 3 minggu sekali dengan bovinox, asuntol
v Suntikan imizol
v Buat blood tranfusion
v Suntikan vaksin tick fever
v Memberi antiserum bagi ternakan yang pernah menghidap penyakit

Diagnosa
Post mortem
Calitan darah
Complement fixation test

Tubercolosis- Keguguran
Agent

Mycobacteria Bovis
Mycobacteria Avian
Mycobacteria turbecolosis
(pd maanusia)
Jangkitan
1. Menghidu renjisan berpenyakit
2. najis, air kencing, susu
Tanda-tanda
1. Kesusahan bernafas
2. Cecair keluar dari hidung
3. keguguran
4. nodus limfa bengkak
5. batuk perlahan dan basah
Rawatan
Isoniazid
Vaksin
Vaksin BCG
(Bacillus of calmette and guerin)
Diagnosa
1. Laporan kes dan tanda klinikal pada ternakan
2. Nasal Swab- untuk sample bacteriologi
3. membuat tuberculin test
v dilakukan di ekor bahagian atas disuntikan selepas 72 jam dan 96jam kawasan disuntikan diperiksa jika berlaku pembekakkan (positif)
v Ujian Comparative tempat suntikan di kawasan leher dan dibaca 72jam kemudian
Kawalan
Membuat ujian turbecolin test setiap 6 bulan
Hapuskan ternakan tersebut
Kawal pergerakan
Jaga kebersihan persekitaran

Salmonellosis- Keguguran + Zonotik + Mati
Agent
Salmonella Dublin
Salmonella typerhimurium
Jangkitan
Makanan yang dicemari oleh tahi
Tanda-tanda
Tanda-tanda klinikal tersebut dalam 2 bentuk
1. Anak baru lahir- Demam, monyok, gangguan saraf, 100% kematian
2. Lembu dewasa-Demam, diarhoea dan keguguran
Rawatan
1. Broad spectrum antibiotik- tetracycline atau nitrofrazon
2. Kawal diarhoea- Kaolin
VaksinSuntikan vaksin salmonella
Memberi furella melalui makanan & minuman
Diagnosa
Tanda-tanda klinikal yang diambil
Contoh najis
Hantar sample aborted fetus kemakmal
Contoh serum untuk SAT

Haemorhagic septicaemia (sampar)- kematianAgent 
Pasteurella multocida carter’s type B
Jangkitan
1. Ternakan berpenyakit (carrier)
2. Melalui sentuhan atau menghidu renjisan hidung atau mulut
3. Wabak ketika stress/ factor persekitaran / musim hujan
4. makanan yang dijangkiti

Tanda-tanda
1. dew lap
2. vulva, vargina, anus merah menyala
3. Lidah terkeluar dan berwarna merah
4. Mati 24 jam
5. Air liur keluar banyak
6. hingus- cair/ pekat bernanah
edema dibahagian leher Diagnosa
1. Tanda-tanda klinikal
2. Lesi bedah siasat
3. Kongensi dan pendarahan petekia secara menyeluruh
4. Peparu dan nodus limfa edema
5. Rongga toraks, rongga abdomen pericardium mengandungi cecair warna darah yang banyak
6. Membuat calitan dari limpa dan heart blood
Rawatan
Antibiotik jenis broad spectrum
Oxytetracycline
Sulphamezathine
Pengawalan

Mengasingkan ternakan
kawal pergerakan
buat suntikan vaksin oil adjuvant untuk program tahunan
pembuangan bangkai yang betul
Mastitis Lembu tenusu
Agent
E coli
Streptococus
Tanda-tanda
1. Suhu badan tinggi
2. Nanah berbau
3. Susu bili diperah berwarna kuning
Jangkitan 
1. Alat pemerahan susu kotor
2. teknik pemerahan salah (tangan/ mesin)
3. kekasaran semasa memerah
Rawatan
Hari pertama- general antibiotik- suntikan penstrip di intra maskular
hari kedua- local antibiotik sperti orbain LA, Mastiden forter di intra mammary
Perah susu hingga habis
masukkan ubat orbenin (LA) Diprocagallimcycin pada tetek bengkak 3 hari berturut-turut
Pencegahan
1. Kebersihan alat/ kandang
2. kecekapan teknik memerah
3. pemeriksaan susu pertama ( Strip cup)
4. Asing ternakan bermasalah
5. celup puting dalam bekas ubat ( Redene teat dip) selepas memerah

Monday, 11 March 2019

KESIHATAN TERNAKAN (II)


1.1 Sebelum Menerima Ternakan
 
Pastikan kandang yang telah digunakan dibasmi kuman sekurang-kurangnya 2 minggu Sebelum ternakan dibawa masuk. Cucian kandang perlu menggunakan disinfektan (bahan basmi kuman). Contoh disinfektan yang boleh digunakan:


  • Lindores
  • Omnicide
  • Mefarol
  • Lysol
     
Jenis rawatan
Contoh ubat-ubatan
i. Rawatan luka
Tinktur iodin 2 %
Gusanex Spray
Serbuk Negasunt
ii. Rawatan sokongan
Antistress- Stress Pak
Catasol/fercobsang/Tonophosphan!
FercobsangIVitamin B12/Dextrose
iii. Rawatan antidirea
Kaolin, pectin
Beacosin /Scourban Plus/Scour-X
iv. Anti-inflamatori
(Rawatan bengkak)
Dexa-tomanol
Dexadresson
v. Rawatan sakit mata
Terramycine pink eye spray
Eye ointment
vi. Rawatan kembung
Bloat remedy
vii. Antibiotik berspektrum Was
Oxytetracycline
Penicillin
Streptomycine
Jadual 8 menunjukan jenis jenis ubat veterinar yang perlu disediakan untuk rawatan penyakit-penyakit yang lazim pada ternakan lembu fedlot



1.2 Sewaktu Menerima Ternakan

Periksa ternakan untuk mengesan luka atau kecederaan serta tanda-tanda penyakit seperti :

  • Pernafasan tidak normal
  • Cecair daripada hidung (nasal discharge)
  • Lemah dan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar
  • Bulu tidak kemas dan pudar
  • Kehadiran kutu pada badan ternakan.
  • Tanda-tanda lain yang tidak normal.
  • Dhiarrea
     
Asingkan ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit untuk rawatan segera atau mengambil sampel bagi tujuan kajian penyakit. Hubungi pejabat JPH terdekat untuk tujuan ini.Sediakan ubat antistress seperti jenis bancuhan dengan air. Contoh ubat antistress (Stress pack).

1.3 Semasa Tempoh Pemeliharaan

Pastikan kebersihan kandang, palung makanan dan minuman dalam keadaan bersih bagi mengelakkan jangkitan penyakit.Pastikan makanan sentiasa cukup khususnya kuantiti dan kualiti bagi meningkatkan tahap kesihatan dan mengelakkan penyakit-penyakit kurang zat makanan.

Laksanakan program kesihatan yang berkaitan/perlu seperti berikut:

:i. Pemberian ubat cacing (deworming)

Dilaksanakan jika perlu berdasarkan :-
a.Tanda-tanda bebanan cacing seperti:
  • Kurang selera makan
  • Kurus/lemah
  • Berak cair/diarea
  • Najis berbau
  • Bulu tidak kemas dan pudar
  • Perut buncit/abdomen besar
  • Selaput basah pucat
  • Bottle jaw - bengkak berair (edema) dibawah dagu

b. Ujian Fecal Egg Count (F.E.C)
- bilangan telur cacing dalam tinja.

Contoh anthelmintik (ubat cacing) yang boleh diguna dan diberi secara oral
  • Systemic/Synaptic
  • Chanaverrn Plus
     
ii. Pembasmian kutu (Deticking)
Dilaksanakan jika perlu berdasarkan kehadiran/bebanan cacing pada badan ternakan..Contoh ubat kutu (tickicide) yang boleh digunakan:
  • Asuntol, Malathion, Tactic, Greenade : secara mandian/spray
  • Bayticol : secara pour-on
  • Ivomec : secara suntikan
Bebanan kutu boleh menggugat tumbesaran ternakan disamping menyebabkan luka berulat (myiasis) dan menyebarkan penyakit seperti Babesiosis.

iii. Rawatan
  • Merawat ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit.
  • Pastikan rawatan itu ekonomik, berpontensi untuk sembuh, bukan penyakit yang menular dengan cepat dan bukan penyakit zoonotik.
     
1.4 Penyakit-penyakit yang lazim

a. Diarea (cirit-birit):
Etiologi (Agen penyebab):
  • Pengurusan : pemakanan tidak sesuai
  • Peralatan/air tidak bersih
  • Parasit : cacing
  • Bahan kimia : keracunan
  • Penyakit : bakteria, virus, protozoa
     
Tanda klinikal:
  • Berak cair, sakit abdomen, dehidrasi
  • Pyrexia(demam), septicaemia, toxemia
  • Anorexia (tiada selera, lemah)
  • Najis cair/lembik, berubah bau/warna
     
Diagnosis:
  • Pemerikasaan klinikal
  • Perubahan pada najis
  • Calitan najis, serum, sampel najis, kikisan rektal, sumber makanan (Ujian di makmal hubungi JPH)
     
Rawatan:
  • Antidiarea : contoh kaolin, pectin
  • Antibiotik : contoh neomycin(Scour-X, Scourban Plus mengandungi kaolin dan neomycin) Coccidiostat : contoh Sulphadimidine 33 1/3% (Untuk rawatan diarea akibat coccidiosis)
  • Rawatan sokongan:
    Elektrolit/cecair : contoh dextroseMetabolic stimulant/ haematinic ; contoh Catasol, Fercobsang, Tonophosphan
     
Kawalan:
  • Kawal pergerakan keluar masuk ternakan/ orang/ kenderaan untuk mencegah sebaran.penyakit
  • Jaga kebersihan kandang, program disinfektan
  • Perbaiki pengurusan: kebersihan peralatan, air bersih, asingkan ternakan sakit
     
b. Pneumonia (Radang paru-paru):

Etiologi (Agen penyebab) Virus, bakteria, parasit, bahan kimia

Tanda klinikal:
  • Pernafasan cepat dan sukar (dyspnea)
  • Demam (pyrexia)
  • Batuk, bersin, terdapat cecair daripada hidung (nasal discharge) - Lemah, kurus, tiada selera (anorexia)
     
Diagnosis:
  • Bunyi paru-paru
  • Pemeriksaan klinikal
     
Rawatan:
  • Jangkitan bakteria:
  • Asingkan ternakan sakit, rawat dengan antibiotik berspektrum luas (broad sectrum) seperti oxytetracycline 20%
     
Kawalan:
  • Kurangkan ketegangan (stress) - elak terlalu padat (overcrowded) - Asingkan ternakan sakit
  • Pengudaraan kandang (ventilasi) baik
  • Rawat tanda-tanda awal penyakit
     
c. Luka berulat (maggot wound/myiasis):
Etiologi (Agen penyebab)
Kesan luka yang tidak di rawat.
Cecair serum akibat luka bertindak dengan bakteria menghasilkan ban busuk menjadi tarikan lalat Chrysomia bezziana untuk bertelur. Larva-larva yang dihasilkan memakan dan merosakkan tisu. Jangkitan sekunder oleh bakteria boleh menyebabkan toksemia dan kematian.

Tanda klinikal:
  • Terdapat luka yang berulat.
  • Ternakan gelisah, gatal
  • Kurang selera (anoreksia), berat badan menurun
     
Diagnosis:
  • Pemeriksaan/ tanda klinikal
     
Rawatan:
  • Bersihkan kawasan terlibat dengan antiseptik (hydrogen peroksida 3%)
  • Keluarkan ulat (dengan forsep)
  • Bunuh ulat menggunakan serbuk Negasunt.
  • Rawat luka dengan Tinktur iodin 2%, Coopex Healing Oil Cegah lalat dengan Semburan Gusanex
  • Untuk kes serius, lindungkan ternakan daripada jangkitan kedua dengan suntikan antibiotik berseptrum luas contoh Oxytetracycline 20% L.A.

Kawalan:
  • Elakkan ternakan daripada luka
  • Gunakan "fly repellent" seperti gusanex untuk mencegah hinggapan lalat pada kawasan luka

d. Kembung (bloat):
Etiologi (Agen penyebab):
Kadar gas yang dihasilkan di dalam rumen dan retikulum melebihi kadar pembebasan gas melalui proses eruktasi (eructation). Gas yang terkumpul menyebabkan rumen/ retikulum membesar. Kadar gas yang dikeluarkan secara berlebihan ini mungkin disebabkan:
  • Gangguan fizikal: sekatan pada esofagus, kedudukan abomasum (abomasums displacement) atau radang perut (gastritis).
  • Gangguan kimia: terlebih makan dedak (PKC), sensitiviti pada ubat, kerosakan pada saraf vagus atau makan daun kayu beracun. - Gangguan enterotoxamia/ keracunan nitrat
     
Tanda klinikal:
  • Pembesaran bahagian kiri abdomen
  • Bunyi abdomen seperti gendang apabila diketuk - Kurang selera, sakit bahagian abdomen - Kadar pernafasan meningkat,
  • Ternakan gelisah, duduk dan bangun. Akhirnya terbaring kesakitan - Dyspnea (kesukaran bernafas)
     
Diagnosis:
  • Pemeriksaan/tanda klinikal
     
Rawatan:
  • Pemberian ubat penahan kembung:
    -Beri  bloat remedy terus ke dalam rumen atau secara oral.
    -Minyak masak (100 - 500 ml) boleh diguna untuk memendak buih lantas menggalakkan     pengeluran gas.
    -Halia dan Turpetine juga boleh di gunakan
     
  • Pengeluaran gas daripada rumen:
    -Masukkan tiub perut (stomach tube) melalui mulut terns ke dalam rumen.
    -Bagi keadaan serius, gun a tochar dan canula untuk menebuk lubang di bahagian paralumbar fossa dibahagian    kiri abdomen
     
Kawalan:
  • Pastikan dedak untuk ternakan tidak terlalu halus.
  • Biasakan ternakan dengan PKC dengan cara menukar makanan dari rumput ke PKC secara beransur-ansur sebelum memberi 100% PKC

    NOTA:
    Lembu-lembu yang dipilih untuk tujuan penggemukan secara fidlot mestilah sesuai dengan keadaan cuaca yang panas, mempunyai daya ketahanan terhadap parasit dan penyakit.

    Ternakan fidlot juga sering terdedah kepada kecederaan fizikal dan asidosis laktik (rumenitis). Kecederaan fizikal pada amnya disebabkan oleh pengurusan yang tidak cekap, kemudahan yang tidak mencukupi seperti bekas/palung makanan yang tidak cukup mengikut ratio bilangan ternakan, kesesakan ruang kandang, kuantiti makanan/minuman yang tidak mencukupi, reka bentuk kandang yang salah serta berlaku pergaduhan antara ternakan dalam kandang.

    Bahagian badan yang sering berlaku kecederaan adalah di bahagian kaki dan badan. Tabiat lembu jantan suka memanjat boleh menyebabkan kecederaan pada kaki dan bahan-bahan tajam seperti paku dan serpihan kayu yang terdapat di kandang juga boleh menyebabkan kecederaan pada ternakan.

    Asidosis laktik boleh terjadi apabila ternakan makan terlalu lahap atau pun cara memperkenalkan makanan konsentrat pada ternakan tidak betul. Keadaan ini menyebabkan pengambilan karbohidrat jauh melebihi keperluan ternakan dan untuk jangka masa panjang ternakan boleh mengalami asidosis laktik.